PERANCANGAN JANGKA PANJANGSemua guru dapat mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ataupun di mana – mana kawasan sekolah.
Semua murid SK Seri Utama dapat menggunakan ICT sebagai bahan rujukan dan sebagai satu tempat untuk menambah ilmu pengetahuan serta kemahiran tentang kemajuan ICT.
Memantapkan pengurusan dan pentadbiran supaya lebih cekap, cepat dan sistematik.
Semua guru mahir dalam Perisian Microsoft Office terutama Word, PowerPoint, Excel dan perisian – perisian lain yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta yang berkaitan dengan tugas – tugas seharian di sekolah.
Mengadakan Internet di seluruh kawasan sekolah untuk kemudahan kepada semua guru.
Semua guru mahir dalam pengendalian dan penyelenggaraan komputer.
SENARAI TUGAS
JAWATANKUASA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)1. PENGERUSI
(GURU BESAR)
Mengetahui jawatankuasa untuk merancang perlaksanaan program ICT di sekolah
Mengemukakan keperluan sekolah kepada JPN / KPM dan pihak berkenaan untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru, dan pembangunan serta bekalan.
Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa perlaksanaan ICT sekolah.
Merancang, melaksana dan memantau keseluruhan program ICT sekolah.
Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar progam ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.
Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan penyelaras ICT untuk memestikan segala urusan berkaitan program ICT berjalan dengan lancar.
Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan computer oleh semua pihak.
Mengkaji semula secara berkala tahap – tahap akses bagi kakitangan bawahannya dan pelajar.
Memastikan keselamatan kawasan sekolah.
2. SETIAUSAHA
Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa ICT Sekolah.
Mengurus latihan dan kursus dalaman.
Menguruskan kewangan Jawatankuasa ICT Sekolah.
Memantau pembangunan web sekolah.
Menyelaras perlaksanaan segala perancangan ICT sekolah.
Menjadi pegawai perhubungan ICT sekolah.
Menyediakan jadual penggunaan makmal.
Jadual pengajaran dan pembelajaran.
Jadual kelab.
Jadual guru bertugas.
Menyediakian dan mengumpul laporan aktiviti ICT sekolah.
Mengendalikan hal – hal pentadbiran Jawatankuasa ICT Sekolah.
3. PENOLONG SETIAUSAHA.
membantu setiausaha dalam menjalankan tugas.
4. JAWATANKUASA PERKEMBANGAN STAF.
Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf.
Mengikuti perkembangan terkini tentang ICT dan menyebarkan maklumat tersebut.
Menguruskan pengkalan data sumber manusia dalam ICT.
Memastikan setiap guru yang menghadiri kursus yang berkaitan dengan ICT akan mengurus dan mengendalikan kursus dalaman di sekolah.
Menyediakan kertas kerja dan laporan aktiviti.
5. JAWATANKUASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
1. Mengerakan pemikiran untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran melalui penggunaan ICT.
2. Mengatur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran oleh guru.
3. Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Menambah koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.
Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti pembentangan secara Powerpoint.
Mengatur program membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
6. JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENYENGGARAAN.
Jawatankuasa ini terdiri daripada tiga jawatankuasa kecil iaitu :
Jawatankuasa Pengurusan Stok dan Dokumentasi.
Jawatankuasa Keceriaan.
Jawatankuasa penyenggaraan dan keselamatan.
Tugas jawatankuasa kecil tersebut adalah seperti berikut :
A. JAWATANKUASA PENGURUSAN STOK DAN DOKUMENTASI.
Menguruskan stok, inventori dan harta modal.
Menguruskan bahan dokumentasi seperti surat pekeliling, manual dan lessen perisian.
Memproses bahan – bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran dan bahan sumber seperti perisian kursus.
Menyedia dan menyimpan rekod penggunaan makmal komputer.
Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
B. JAWATANKUASA KECERIAAN.
Menubuhkan pasukan kerja kebersihan dan keceriaan makmal.
Menyediakan jadual tugas kebersihan makmal.
mengumpul dan mempamerkan bahan – bahan yang sesuai untuk meningkatkan keceriaan makmal komputer.
Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
C. JAWATANKUASA PENYENGGARAAN DAN KESELAMATAN.
1. Menyediakan peraturan makmal, panduan penggunaan peralatan dan perisian
serta mempamerkannya di tempat yang strategik.
2. Menyediakan prosedur kerja untuk memastikan semua pengguna makmal memahami dan mematuhi langkah – langkah keselamatan dan peraturan makmal
3. Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyenggaraan perkakasan berkala dan memantau perlaksanaannya. ( contoh : penyenggaraan : Servis penghawa dingin, mencuci pemacu, mengemaskini cakera keras dan mengimbas disk )
Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.
7. JAWATANKUASA TUGAS – TUGAS KHAS PROGRAM ICT
1. Merancang aktiviti – aktiviti pembudayaan ICT dalam bentuk program – program khas yang melibatkan seluruh warga sekolah dan komuniti seperti PIBG dan agensi luar.
2. Mendapatkan penaja bagi meningkatkan infrastruktur dan perlaksanaan program ICT sekolah.
3. Mengurus aktiviti – aktiviti ICT yang diterima dari semasa ke semasa.
4. Menyediakan kertas kerja dan laporan bagi aktiviti yang dijalankan.